02 May, 2008

Bijak Mengambil Kesempatan

Pada 26 April lalu jam 2.30 petang merupakan sejarah dalam kehidupan saya apabila akhbar Editor menjadi akhbar rasmi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Putrajaya. Pihak saya yang mewakili syarikat Rodatra Media Sdn Bhd telah menandatangani MOU atau Perjanjian Sefahaman dengan DPMMP yangh disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan DPMMP diwakili oleh Hj Mohamad Awauluddin yang koimited dan yakin dengan akhbar Editor sebagai wadah dan akhbar kepada usahawan Bumiputera.
Editor yang banyak mengangkat usahawan Melayu terus mendapat tempat dikalangan pembaca Malaysia. Dengan matlamat Pencipta Pemikiran Baru dan Mencipta Masa Depan Usahawan
Editor adalah akhbar yang akan memberikan semangat kepada usahawan untuk terus maju dalam perniagaan.
Oleh oleh para pembaca saya jangan ketinggalan untuk mendapat akhbar ini dipasaran yang mengupas kejayaan usahawan Melayu.