Malam-malam Ramadhan adalah malam yang terbaik untuk kita bermunajat pada Allah. Malam yang setia menunggu kita selama sebulan dan malam sepuluh terakhir Ramadhan akan menjanjikan kepada kita apa yang kita hajat akan dimakbulkan Allah. Apakah malam-malam ini kita tidak sanggup berkorban untuk berjuang mendapatkan apa yang kita hajatkan. Kejayaan itu akan kita dapat untuk sepanjang masa sekiranya diberkati Allah.
Marilah kita kita berdoa, beramal pada malam 10 terkahir Ramadhan untuk kita menjadi manusia yang berjaya dan manusia yang yakin dengan kehidupan bahawa Allah tetap kita untuk mencipta kejayaan.
Kejayaan tidak datang bergolek, tetapi dengan kerja keras dan usaha yang gigih. Oleh itu marilah kita berdoa dan beramal.
Saya juga nekadkan diri untuk terus beramal semoga malam-malam itu ada doa saya dimakbulkan takala saya bermunajat dari jam 3 pagi sehingga subuh menjelang. Kepada mu Allah aku bermohan. Amon.