Saya mengucapkan selamat hari raya, Eid Fitri kepada semua umat Islam, kepada kawan lama dan baru marilah kita jalinkan hubungan yang lebih akhrab untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih bermakna dan menciseypta masa depan kita untuk berjaya demi bangsa, agama dan nehara kita.
Apa yang menarik hari raya ini. Ya bergambar beramai-ramai dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di rumah terbuka beliau di Dewan Melinium Kepala Batas. Ia merupakan sejarah apabila ini merupakan hari terakhir kami melihat Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Bagi saya ia merupakan satu sejarah dan gambar itu akan saya simpan untuk anak dan cucu saya. Perdana Menteri tidak akan datang lagi dari kawasan saya walaupun mungkin 100 tahun lagi.
Pak Lah telah mengistiharkan bahawa tidak bertanding sebagai Presiden UMNO pada Mac depan dan akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pak Lah sepanjang menjadi Perdana Menteri Pak Lah telah menjadi pemimpim yang membawa satu matlamat untuk membangunkan bangsa dengan menekankan soal modal insan yang perlu diutamakan. Menambah ilmu dengan bertujuan mengangkat darhjat dan ekonomi kita. Saya amat terkdeu apabila Pak Lah melahirkan hasrat untuk mdelepaskan jawatan. Tetapi itulah hakikatnya kerana sikap keterbukaan beliau akhirnya beliau tidak dapat bertahan lama. Tekanan yang diterima oleh Pak Lah sama seperti apa yang berlaku kepada B.J Habibie iaitu Presiden Indonesia yang cerdik dan pandai sehingga mampu membina kapal terbang tetapi kerana sikap keterbukaan beliau akhirnya beliau tidak dipilih sebagai Presiden setelah sekian lama Suharto menutup Indonesia dengan cara pemerintahan yang cukup tersusun agar semua permasalahan dalaman kerajaan tidak terdedah kepada umum. Secara tidak langasung juga Suharto mengambil tindakan yang keras terhadap musuh politiknya serta mereka yang dilihat menjadi ancaman kepada pemerintahannya.
Bagaimana Pak Lah? Zaman pemerintahan Pak Lah beliau lebih terbuka, masalah semasa pemerintahan Tun Mahathir Mohamed banyak dibahaskan zaman Pak Lah. Masalah Anwar Ibrahim yang mampu menarik perhatian kaum Cina dan India selain golongan muda yang saya anggap menjadi faktor utama Pak Lah lemah dan beliau tidak tangani dengan keras. Anwar boleh dianggap pemidato yang hebat di Asia selepas Sukarno.
Oleh itu apa yang berlaku sudah berlalu kita ambil sebagai pengajaran, dan kita sebagai bangsa Melayu dan rakyat Malaysia marilah sama-sama kita bangunkan negara dan ekonomi keluarga kita. Kita harus bekerja keras untuk maju dan yakin dengan apa yang kita laksanakan. Pemimpin datang dan pergi tetapi nusa bangsa yang penting.
Kuatkan usaha, buat perancangan teliti untuk mencapai cita-cita kita. Bekerja kuat jangan takut dengan masa depan kita kerana setiap usaha kita dengan tekun sudah tentu akan ada hasilnya.BEKERJALAH SELAGI BELUM SELESAI JANGAN BERHENTI.