17 October, 2008

MENGASAH OTAK

Sampai hari ini saya masih belajar untuk mengasah otak untuk lebih menjadi orang pintar. Menjadi pintar saya belum tentu kita berjaya kalau kita tidak pandai mengatur kehidupan kita agar kita dikenali ramai.
Mungkin ramai di kampung-kampung orang pintar tetapi mereka tidak diasah dan dikembangkan bakat mereka. Sebuah laporan dari Chicago menyebut amalan melayari internet mungkin membantu dewasa pertengahan umur dan golongan lebih berusia mengekalkan ketajaman pemikiran mereka.
Penyelidik di Universiti California Los Angeles mengkaji mereka yang melakukan penyelidikan web sambil aktiviti otak mereka direkodkan dengan pengimbas imejan.
"Mereka yang berpengalaman dalam internet menggunakan lebih banyak aktiviti otak ketika melakukan penyelidikan," kata Dr Gary Small, pakar penuaan di UCLA.
"Ia mencadangkan hanya dengan melakukan pencarian dalam internet mungkin melatih otak lebih aktif dan sihat," kata Small dalam penyelidikannya diterbitkan Jurnal Psikiatri Geriatrik Amerika.
Kebanyakan penyelidikan mendapati mencabar aktiviti mental seperti teka silang kata boleh membantu memulihara fungsi otak, namun agak sedikit yang melihat peranan internet.
Oleh itu anda boleh menjadi orang pintar dengan rajin mengasah otak dengan apa cara sekali pun kerana saraf otak kita perlu diaktifkan untuk terus membantu kita menjadi orang yang mahir berfikir dan membuat keputusan.
Dalam kajian saya kepada kanak-kanak seperti melayari internet setelah diajar beberapa langkah akhirnya mereka menjadi mahir untuk melayari sendiri. Begitu juga menggunakan hand phone seperti menalipon ataupun sms mereka begitu peka dan malahan dalam permainan games mereka begitu cekap kerana dilatih tubi untuk ke arah sedemikian.
Bagi saya mudah saja untuk mengasah otak kita iaitu kita harus melihat disebalik sesuatu perkara. Kalau ada orang bercerita kepada kita kenapa Obama Barack adalah calon terbaik untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat dibandingkan dengan John McCain dari parti Republikan. Apa yang patut anda jelaskan. Jadi kita kena berfikir dan mencari maklumat berkenaan kedua dua tokoh ini. Jadi kita buat ulasan berkenaan masa kempen dan debat mereka yang berlangsung, iaitu siapa lebih bagus hujahnya. Maka fikirlah dan perlu ada perbandingan. Mengasah otak adalah dengan sering kita membuat perbandingan. Tetapi ingat jangan kita berfikiran negatif dan terlalu melihat pada logiknya sahaja.
Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengasah otak menjadi orang yang berjaya. Kalau anda berminat sila hubungi saya seperti email di blog ini.