1. Tidak banyak yang boleh kita lakukan apabila usaha yang kita perjuangkan cuba dihalang oleh pelbagai pihak yang akhirnya akan meruntuhkan usaha.
2. Kenapa masyarakat kita tidak mahu memandangkan ke depan untuk terus berjaya sebaliknya idea yang diberikan, kerja keras, tekun dan yakin ditolak mentah-mentah. Orang kita masih berpegangkan usaha kerjaya yang logik.
3. Dulu ketika tahun-tahun 70an saya masih ingat sekiranya orang Melayu makan gaji dengan kerajaan boleh dianggap berjaya sekalipun jawatan tersebut sebagai pembantu pejabat. Manakala bekerja sebagai tentera masih dianggap bangga oleh mertua kerana mendapat gaji bulan apabila pemotongan dibuat untuk diberikan kepada isteri.
4. Pada tahn 80an masyarakat kita mulai berubah apabila kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan yang akhirnya melihat arus yang besar apabila kalangan mereka yang tidak tahu erti berniaga mulai berminat untuk menceburi bidang ini. Timbul pula pink form berduyun kalangan orang Melayu mendapat kuota saham bumiputera.
5. Hari ini bercakap soal berniaga orang Melayu sudah mempunyai kesedaran untuk terus menceburi bidang ini sekalipun tidak faham, mereka terus belajar mencari pengalaman. Maka lahir ramai usahawan yang berjaya malahan mampu menandingi bangsa lain.
6.Namun begitu ada ramai lagi orang Melayu masih dengan cara pemikiran tipikal dan tidak begitu mengkaji secara mendalam usaha merek sekadar mahu berniaga dan mereka tidak bersedia dengan maklumat atau apa saja untuk berlawan dengan kompititar. Bekerja sekadar memenuhi keperluan kerja dan tidak ada sikap pengorbanan yang besar.bv
7. Kita harus faham dalam setiap usaha perlu fokos dan matlamat utama adalah untuk berjaya. Jangan pedulikan fikiran sempit setengah pekerja sebaliknya mereka, maka mereka yang sedemikian perlu ditamatkan kerja kerana tidak ada semangat dan hanya fikir yang logik sahaja. Mereka ini tidak membantu sebaliknya semakin menjatuhkan kita untuk terus mencapai matlamat. Perlu disegerakan tindakan sekiranya mereka ini masih berikat dibawah usaha kita alamatnya kita akan kecundang dan visi kita tidak akan tercapai.
8. Buang mereka yang berfikiran negatif dan tidak produktif. Ambil mereka yang baru dan berani melawan untuk terus mencapai matlamat syarikat.