1. Jangka umur beliau dengan saya banyak juga beza iaitu 56 tahun sedangkan sahya baru 44 tahun. Malahan beliau merupakan seorang saintis dari sebuah negara maju. DDr Kurt Fedra mempunyai darah keterunan Greek sempat kami bertemu semalam selama dua jam dan akan bersambung perbualan selama lima hari di Hotel JW Mariot Bukit Bintang Kuala Lumpur.
2. Untuk apa pertemuan itu. Pertamanya sebagai usahawan ICT dan saya kini terlibat projek untuk kajian alam sekitar meliputi air, udara serta penglibatan dalam risk management di pelantar minyak.
3. Mempunyai mempunyai dua kelulusan doktor, Kurt begitu humble dan mudah berbicara dan dia menjelaskan kedudukan negaranya yang mempunyai 8 juta rakyat, dan rakyatnya seperti juga di Malaysia tidak mahu lagu bekerja rencam atau melakukan kerja-kerja yang tidak glamour. Dari kerja buruh binaan, mengambil sampah semuanya dari Timur Eropah dari Bosnia, Polang, Rumania dan sebagainya.
4. Pagi Ahad katanya berjam-jam akan dihabiskan masa di Taman Orkid mencari orkid kesukaan isterinya untuk dibawa pulang. Apa yang menarik perhatian saya ialah sebagai negara yang kecil mempunyai rakyak yang tiga kali ganda kurang dari Malaysia mereka mampu untuk menerjah dunia melemparkan idea dengan sistem yangdicipta untuk dipasarkan ke pasaran dunia. Dia memberikan ruang yang cukup besar untuk saya terlibat dalam bidang melibatkan alam sekitar. Cukup menarik dan cukup luas pasarannya. Inilah yang perlu kita perhatikan untuk kita membangun dan saya rasa kita harus melatih otak dan fikiran bangsa kita untuk terus maju dengan mengambil pelajaran dengan lebuh banyak adaripada negara-negara maju.
5. Saya akan bicara banyak lagi apa yang saya perolehi dari DDr Kurt Fedra.