28 December, 2008

BEKERJA UNTUK KEJAYAAN


1. Tiga hari lagi akan bertemu tahun 2009. Esok adalah tahun Islam iaitu umat Islam akan menyambut Maal Hijrah. Sudah tentu kita mempunyai banyak perancangan untuk berjaya dalam kehidupan ini.

2. Saya tidak banyak untuk memberikan tips untuk berjaya. Sebagaimana saya sebut dalam setiap artikel saya ialah untuk mencapai kejayaan adalah bekerja dengan kuat dan jangan sesekali kita mengeluh dengan kerja yang kita lakukan.

3. Kejayaan adalah dihadapan kita. Tetapkan pendirian untuk berjaya dan yakin apa yang kita usahakan akan berhasil sudah tentu dalam jangkamasa setahun atau dua tahun kita akan nampak hasilnya.

4. Dunia hari ini sudah berubah. Kejayaan sentiasa menanti kita sekiranya kita bekerja keras. Kejaan boleh kita cipta selagi kita ada kemahuan untuk maju sebagaimana orang lain saban hari kita banyak membaca di media mahupun di internet mencipta kejayaan.

5. Apa yang harus ada pada kita sekarng ialah menjadi manusia yang kreatif dan inovatif. Zaman sekarang adalah zaman kejayaan yang inovatif idea. Maka kita harus mencipta dan mendahuli orang lain. Usaha kita perlu berbeza dengan orang lain. Maka pada tahun baru marilah kita menjadi manusia yang rajin mencipta dengan kreativiti yang kita ada. Salam tahun baru selamat berhijrah ke dunia kejayaan.