16 December, 2008

KERJA DAN TEKANAN UNTUK MAJU


Dalam usaha untuk maju kita harus melihat usaha yang telah kita lakukan. Kita tidak hanya duduk diam untuk berjaya. Kerja keras dengan tekun adalah matlamat utama saya. Kita jangan sesekali lalai untuk terus berjuang dan bekerja hanya separuh jalan.

Saya berhadapan dengan cabaran yang besar untuk membangunkan syarikat.
Bidang yang baru saya memasuki ialah berkenaan alam sekitar, pencemaran air, selain risk management yang semua ini merupakan bidang baru dan mempunyai potensi besar di hadapan.

Sebagai contoh kejadian di Bukit Antarabangsa memalui teman saya DDr Kurt Fedra dia lebuh awal berbicara dengan saya berkenaan masalah-masalah tanah runtuh, pencemeran air dan udara. Tetatpi sebagai negara yang baru membangun mungkin kita masih anggap perkara ini biasa sahaja tetapi untuk masa depan untuk kehormanian umat kita patut menjaga alam yang dijadikan Allah.
Kita sebagai umat Islam masih leka dan terkebelakang dalam soal ini sehingga kita tidak terfikir bahawa semua itu penting untuk kehidupan kita.

Minggu lalu saya bertemu dengan Zaidi teman saya yang juga Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Putrajaya, yang tinggal di Bukit Antarabangsa, dia ada bercerita tentang sedeikit kesukaran hidup apabila musibah berlaku di Bukit Antarabangsa. Dia bersama anak isteri terpaksa berpindah ke rumah mertua di Selayang. Kereta pinjam saudara yang punya kerana keretanya tidak boleh dibawa keluar. Masuk ikut waktu dan hanya membawa keluar keperluan penting sahaja.

Inilah nasib kita bila kita terlalu rakus dengan alam demi untuk mengaut untung tetapi kita tidak melihat perlu ada penjagaan rapi.
Persoalannya kenapa di Genting Highland yang tinggi pembinaaannya kita kurang mendengar masalah tanah runtuh kalau ada pun sedikit sahaja.
Sebabnya mereka menjaga dan melihara alam. Alam akan hormat kita dan kalau alam sudah benci kita maka petaka akan menjamah kita jadi seperti Bukit Antarabangsa.

Kurt Fedra telah memberi ingatan kepada saya bahawa alam ini penting dalam kehidupan kita.Maka itu saya amat berminat dalam dunia komersial baru selain dunia penulisan saya.