01 February, 2009

SEMANGAT DAN MASA DEPAN KITA

1. Awal tahun terlalu banyak cuti. Memerap di rumah menyebabkan kita malas untuk bekerja tetapi dengan adanya internet dapat juga kita menjadi laman-laman web yang kita sukai sebagai tempat menimba ilmu. Benyak perkara yang kita masih belum habis untuk dilakukan kerana kita masih banyak berehat dan kerja-kerja yang kita lakukan masih kita bersikap teragak-agak. Kita merasa letih untuk bergerak tetapi semangat kitab kuat untuk bekerja.

2. Tak apalah kerana bagi saya kerja kuat adalahg kegemaran kalau tdak bekerja badan akan merasa letih. Baru-baru ini saya dilantik sebagai Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu WP Putrajaya. Banyak tugas yang saya perlu pikul dan banyak program yang harus saya laksanakan. Tugas pertama sebagai kata seorang jawatankuasa baru yang saya lantik usaha mencari nama-nama baru seperti kerja dalam filem dirty dozen, pejabat ke pejabat untuk mereka terlibat dalam program dan usaha untuk membangunkan Dewan Muda.

3. Saya mempunyai hasrat untuk mewujudkan sekurangnya 10 peratus usahawan muda dalam sepanjang propgram dijalankan. Beberapa makinisme yang saya sudah kenal pasti dan yakin mampu untum menjadikan anak Melayu menjadi usahawan yang berjaya.

4. Semangat saya setiap hari membara dan mencabar diri saya untuk membuat sesuatu yang perlu saya bina bukan sahaja masa depan saya tetapi untuk anak bangsa kita.

5. Bagaimana ya? Saya perlu ada perancangan dan tindakan yang rapi untuk membawa hasrat ini berjata. Sebagai Pengerusi baru yang diberikan kepercayaan oleh Datuk Haji Alayuddin dengan harapan yang besar kepada saya bebanan ini saya saya anggap bukan agenda diri saya tetapi untuk melihat masa depan bangsa saya untk berjaya.

6.Memang saya perlu untuk terus memberikan tindakan kerja yang kuat selagi saya mampu dan itupun keseronakan saya. InsyaAAlah pada ruangan yang akan datang banyak bahan yang akan saya tulis akan dikemas kinikan tulisan saya ini agar lebih menarik dan ramai pembaca akan banyak menfaat dari runagan ini.

Selamat menyambut hari Wilayah.Jadikan Wilayan bersih dan Hijau lambang kehidupan kita sebagai usaha saving the planet Earth.

28 December, 2008

BEKERJA UNTUK KEJAYAAN


1. Tiga hari lagi akan bertemu tahun 2009. Esok adalah tahun Islam iaitu umat Islam akan menyambut Maal Hijrah. Sudah tentu kita mempunyai banyak perancangan untuk berjaya dalam kehidupan ini.

2. Saya tidak banyak untuk memberikan tips untuk berjaya. Sebagaimana saya sebut dalam setiap artikel saya ialah untuk mencapai kejayaan adalah bekerja dengan kuat dan jangan sesekali kita mengeluh dengan kerja yang kita lakukan.

3. Kejayaan adalah dihadapan kita. Tetapkan pendirian untuk berjaya dan yakin apa yang kita usahakan akan berhasil sudah tentu dalam jangkamasa setahun atau dua tahun kita akan nampak hasilnya.

4. Dunia hari ini sudah berubah. Kejayaan sentiasa menanti kita sekiranya kita bekerja keras. Kejaan boleh kita cipta selagi kita ada kemahuan untuk maju sebagaimana orang lain saban hari kita banyak membaca di media mahupun di internet mencipta kejayaan.

5. Apa yang harus ada pada kita sekarng ialah menjadi manusia yang kreatif dan inovatif. Zaman sekarang adalah zaman kejayaan yang inovatif idea. Maka kita harus mencipta dan mendahuli orang lain. Usaha kita perlu berbeza dengan orang lain. Maka pada tahun baru marilah kita menjadi manusia yang rajin mencipta dengan kreativiti yang kita ada. Salam tahun baru selamat berhijrah ke dunia kejayaan.

16 December, 2008

KERJA DAN TEKANAN UNTUK MAJU


Dalam usaha untuk maju kita harus melihat usaha yang telah kita lakukan. Kita tidak hanya duduk diam untuk berjaya. Kerja keras dengan tekun adalah matlamat utama saya. Kita jangan sesekali lalai untuk terus berjuang dan bekerja hanya separuh jalan.

Saya berhadapan dengan cabaran yang besar untuk membangunkan syarikat.
Bidang yang baru saya memasuki ialah berkenaan alam sekitar, pencemaran air, selain risk management yang semua ini merupakan bidang baru dan mempunyai potensi besar di hadapan.

Sebagai contoh kejadian di Bukit Antarabangsa memalui teman saya DDr Kurt Fedra dia lebuh awal berbicara dengan saya berkenaan masalah-masalah tanah runtuh, pencemeran air dan udara. Tetatpi sebagai negara yang baru membangun mungkin kita masih anggap perkara ini biasa sahaja tetapi untuk masa depan untuk kehormanian umat kita patut menjaga alam yang dijadikan Allah.
Kita sebagai umat Islam masih leka dan terkebelakang dalam soal ini sehingga kita tidak terfikir bahawa semua itu penting untuk kehidupan kita.

Minggu lalu saya bertemu dengan Zaidi teman saya yang juga Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Putrajaya, yang tinggal di Bukit Antarabangsa, dia ada bercerita tentang sedeikit kesukaran hidup apabila musibah berlaku di Bukit Antarabangsa. Dia bersama anak isteri terpaksa berpindah ke rumah mertua di Selayang. Kereta pinjam saudara yang punya kerana keretanya tidak boleh dibawa keluar. Masuk ikut waktu dan hanya membawa keluar keperluan penting sahaja.

Inilah nasib kita bila kita terlalu rakus dengan alam demi untuk mengaut untung tetapi kita tidak melihat perlu ada penjagaan rapi.
Persoalannya kenapa di Genting Highland yang tinggi pembinaaannya kita kurang mendengar masalah tanah runtuh kalau ada pun sedikit sahaja.
Sebabnya mereka menjaga dan melihara alam. Alam akan hormat kita dan kalau alam sudah benci kita maka petaka akan menjamah kita jadi seperti Bukit Antarabangsa.

Kurt Fedra telah memberi ingatan kepada saya bahawa alam ini penting dalam kehidupan kita.Maka itu saya amat berminat dalam dunia komersial baru selain dunia penulisan saya.

16 November, 2008

TEMAN SAINTIS DARI AUSTRIA


1. Jangka umur beliau dengan saya banyak juga beza iaitu 56 tahun sedangkan sahya baru 44 tahun. Malahan beliau merupakan seorang saintis dari sebuah negara maju. DDr Kurt Fedra mempunyai darah keterunan Greek sempat kami bertemu semalam selama dua jam dan akan bersambung perbualan selama lima hari di Hotel JW Mariot Bukit Bintang Kuala Lumpur.


2. Untuk apa pertemuan itu. Pertamanya sebagai usahawan ICT dan saya kini terlibat projek untuk kajian alam sekitar meliputi air, udara serta penglibatan dalam risk management di pelantar minyak.

3. Mempunyai mempunyai dua kelulusan doktor, Kurt begitu humble dan mudah berbicara dan dia menjelaskan kedudukan negaranya yang mempunyai 8 juta rakyat, dan rakyatnya seperti juga di Malaysia tidak mahu lagu bekerja rencam atau melakukan kerja-kerja yang tidak glamour. Dari kerja buruh binaan, mengambil sampah semuanya dari Timur Eropah dari Bosnia, Polang, Rumania dan sebagainya.

4. Pagi Ahad katanya berjam-jam akan dihabiskan masa di Taman Orkid mencari orkid kesukaan isterinya untuk dibawa pulang. Apa yang menarik perhatian saya ialah sebagai negara yang kecil mempunyai rakyak yang tiga kali ganda kurang dari Malaysia mereka mampu untuk menerjah dunia melemparkan idea dengan sistem yangdicipta untuk dipasarkan ke pasaran dunia. Dia memberikan ruang yang cukup besar untuk saya terlibat dalam bidang melibatkan alam sekitar. Cukup menarik dan cukup luas pasarannya. Inilah yang perlu kita perhatikan untuk kita membangun dan saya rasa kita harus melatih otak dan fikiran bangsa kita untuk terus maju dengan mengambil pelajaran dengan lebuh banyak adaripada negara-negara maju.

5. Saya akan bicara banyak lagi apa yang saya perolehi dari DDr Kurt Fedra. 



25 October, 2008

MENCAPAI MATLAMAT


1. Tidak banyak yang boleh kita lakukan apabila usaha yang kita perjuangkan cuba dihalang oleh pelbagai pihak yang akhirnya akan meruntuhkan usaha.


2. Kenapa masyarakat kita tidak mahu memandangkan ke depan untuk terus berjaya sebaliknya idea yang diberikan, kerja keras, tekun dan yakin ditolak mentah-mentah. Orang kita masih berpegangkan usaha kerjaya yang logik.


3. Dulu ketika tahun-tahun 70an saya masih ingat sekiranya orang Melayu makan gaji dengan kerajaan boleh dianggap berjaya sekalipun jawatan tersebut sebagai pembantu pejabat. Manakala bekerja sebagai tentera masih dianggap bangga oleh mertua kerana mendapat gaji bulan apabila pemotongan dibuat untuk diberikan kepada isteri.


4. Pada tahn 80an masyarakat kita mulai berubah apabila kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan yang akhirnya melihat arus yang besar apabila kalangan mereka yang tidak tahu erti berniaga mulai berminat untuk menceburi bidang ini. Timbul pula pink form berduyun kalangan orang Melayu mendapat kuota saham bumiputera.


5. Hari ini bercakap soal berniaga orang Melayu sudah mempunyai kesedaran untuk terus menceburi bidang ini sekalipun tidak faham, mereka terus belajar mencari pengalaman. Maka lahir ramai usahawan yang berjaya malahan mampu menandingi bangsa lain.


6.Namun begitu ada ramai lagi orang Melayu masih dengan cara pemikiran tipikal dan tidak begitu mengkaji secara mendalam usaha merek sekadar mahu berniaga dan mereka tidak bersedia dengan maklumat atau apa saja untuk berlawan dengan kompititar.
Bekerja sekadar memenuhi keperluan kerja dan tidak ada sikap pengorbanan yang besar.bv

7. Kita harus faham dalam setiap usaha perlu fokos dan matlamat utama adalah untuk berjaya. Jangan pedulikan fikiran sempit setengah pekerja sebaliknya mereka, maka mereka yang sedemikian perlu ditamatkan kerja kerana tidak ada semangat dan hanya fikir yang logik sahaja. Mereka ini tidak membantu sebaliknya semakin menjatuhkan kita untuk terus mencapai matlamat. Perlu disegerakan tindakan sekiranya mereka ini masih berikat dibawah usaha kita alamatnya kita akan kecundang dan visi kita tidak akan tercapai.


8. Buang mereka yang berfikiran negatif dan tidak produktif. Ambil mereka yang baru dan berani melawan untuk terus mencapai matlamat syarikat.

20 October, 2008

KEAJAIBAN SOLAT


Inilah kekuasaan Allah yang memberikan kepada umat Islam pelbagai nikmat yang selama ini kita sekadar mengikut dan melakukannnya sekadar amalan rutin dan kewajipan yang telah dirukunkan. Solat mempunyai kehebatan yang perlu dirasai oleh umat Islam. Sebasb itu dalam tulisan saya ada menyebut kita perlu menggunakan otak untuk berfikir dan menjadi orang yang berjaya. Sebagai umat Islam kita diangkat menjadi khalifah dan mempunyai kehebatan untuk menjadi manusia yang berjaya. Firman Allah dalam surah Ghafir/Mukmin : Berdoalah kepadaku, nescaya akan kupderkenankan bagimu." Rencana dan Berita Harian yang saya kuto ini memang baik untuk kita kaji amalan solat kita untuk kita mencipta peribadi kita menjadi manusia yang berjaya. Sebagai penganut Islam kita perlu membuat kajian dan meneliti secara terperinci setiap amalan kita selain kerja-kerja harian kita lakukan untuk menjadi orang yang berjaya. Kita tidah hanya menerima sahaja apa yang kita lalui. Setiap kita buat haru berfikir dan melihat kejayaan di masa depan. Untuk itu saya suka anda membaca petikan rencana ini. Maka itu fikirlah siapa diri kita.

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal


Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Sumber: berita harian

17 October, 2008

MENGASAH OTAK

Sampai hari ini saya masih belajar untuk mengasah otak untuk lebih menjadi orang pintar. Menjadi pintar saya belum tentu kita berjaya kalau kita tidak pandai mengatur kehidupan kita agar kita dikenali ramai.
Mungkin ramai di kampung-kampung orang pintar tetapi mereka tidak diasah dan dikembangkan bakat mereka. Sebuah laporan dari Chicago menyebut amalan melayari internet mungkin membantu dewasa pertengahan umur dan golongan lebih berusia mengekalkan ketajaman pemikiran mereka.
Penyelidik di Universiti California Los Angeles mengkaji mereka yang melakukan penyelidikan web sambil aktiviti otak mereka direkodkan dengan pengimbas imejan.
"Mereka yang berpengalaman dalam internet menggunakan lebih banyak aktiviti otak ketika melakukan penyelidikan," kata Dr Gary Small, pakar penuaan di UCLA.
"Ia mencadangkan hanya dengan melakukan pencarian dalam internet mungkin melatih otak lebih aktif dan sihat," kata Small dalam penyelidikannya diterbitkan Jurnal Psikiatri Geriatrik Amerika.
Kebanyakan penyelidikan mendapati mencabar aktiviti mental seperti teka silang kata boleh membantu memulihara fungsi otak, namun agak sedikit yang melihat peranan internet.
Oleh itu anda boleh menjadi orang pintar dengan rajin mengasah otak dengan apa cara sekali pun kerana saraf otak kita perlu diaktifkan untuk terus membantu kita menjadi orang yang mahir berfikir dan membuat keputusan.
Dalam kajian saya kepada kanak-kanak seperti melayari internet setelah diajar beberapa langkah akhirnya mereka menjadi mahir untuk melayari sendiri. Begitu juga menggunakan hand phone seperti menalipon ataupun sms mereka begitu peka dan malahan dalam permainan games mereka begitu cekap kerana dilatih tubi untuk ke arah sedemikian.
Bagi saya mudah saja untuk mengasah otak kita iaitu kita harus melihat disebalik sesuatu perkara. Kalau ada orang bercerita kepada kita kenapa Obama Barack adalah calon terbaik untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat dibandingkan dengan John McCain dari parti Republikan. Apa yang patut anda jelaskan. Jadi kita kena berfikir dan mencari maklumat berkenaan kedua dua tokoh ini. Jadi kita buat ulasan berkenaan masa kempen dan debat mereka yang berlangsung, iaitu siapa lebih bagus hujahnya. Maka fikirlah dan perlu ada perbandingan. Mengasah otak adalah dengan sering kita membuat perbandingan. Tetapi ingat jangan kita berfikiran negatif dan terlalu melihat pada logiknya sahaja.
Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengasah otak menjadi orang yang berjaya. Kalau anda berminat sila hubungi saya seperti email di blog ini.

10 October, 2008

HARI RAYA, TEMAN LAMA DAN KEJAYAAN

Saya mengucapkan selamat hari raya, Eid Fitri kepada semua umat Islam, kepada kawan lama dan baru marilah kita jalinkan hubungan yang lebih akhrab untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih bermakna dan menciseypta masa depan kita untuk berjaya demi bangsa, agama dan nehara kita.
Apa yang menarik hari raya ini. Ya bergambar beramai-ramai dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di rumah terbuka beliau di Dewan Melinium Kepala Batas. Ia merupakan sejarah apabila ini merupakan hari terakhir kami melihat Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Bagi saya ia merupakan satu sejarah dan gambar itu akan saya simpan untuk anak dan cucu saya. Perdana Menteri tidak akan datang lagi dari kawasan saya walaupun mungkin 100 tahun lagi.
Pak Lah telah mengistiharkan bahawa tidak bertanding sebagai Presiden UMNO pada Mac depan dan akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pak Lah sepanjang menjadi Perdana Menteri Pak Lah telah menjadi pemimpim yang membawa satu matlamat untuk membangunkan bangsa dengan menekankan soal modal insan yang perlu diutamakan. Menambah ilmu dengan bertujuan mengangkat darhjat dan ekonomi kita. Saya amat terkdeu apabila Pak Lah melahirkan hasrat untuk mdelepaskan jawatan. Tetapi itulah hakikatnya kerana sikap keterbukaan beliau akhirnya beliau tidak dapat bertahan lama. Tekanan yang diterima oleh Pak Lah sama seperti apa yang berlaku kepada B.J Habibie iaitu Presiden Indonesia yang cerdik dan pandai sehingga mampu membina kapal terbang tetapi kerana sikap keterbukaan beliau akhirnya beliau tidak dipilih sebagai Presiden setelah sekian lama Suharto menutup Indonesia dengan cara pemerintahan yang cukup tersusun agar semua permasalahan dalaman kerajaan tidak terdedah kepada umum. Secara tidak langasung juga Suharto mengambil tindakan yang keras terhadap musuh politiknya serta mereka yang dilihat menjadi ancaman kepada pemerintahannya.
Bagaimana Pak Lah? Zaman pemerintahan Pak Lah beliau lebih terbuka, masalah semasa pemerintahan Tun Mahathir Mohamed banyak dibahaskan zaman Pak Lah. Masalah Anwar Ibrahim yang mampu menarik perhatian kaum Cina dan India selain golongan muda yang saya anggap menjadi faktor utama Pak Lah lemah dan beliau tidak tangani dengan keras. Anwar boleh dianggap pemidato yang hebat di Asia selepas Sukarno.
Oleh itu apa yang berlaku sudah berlalu kita ambil sebagai pengajaran, dan kita sebagai bangsa Melayu dan rakyat Malaysia marilah sama-sama kita bangunkan negara dan ekonomi keluarga kita. Kita harus bekerja keras untuk maju dan yakin dengan apa yang kita laksanakan. Pemimpin datang dan pergi tetapi nusa bangsa yang penting.
Kuatkan usaha, buat perancangan teliti untuk mencapai cita-cita kita. Bekerja kuat jangan takut dengan masa depan kita kerana setiap usaha kita dengan tekun sudah tentu akan ada hasilnya.BEKERJALAH SELAGI BELUM SELESAI JANGAN BERHENTI.

24 September, 2008

MENGGUNAKAN SUMBER OTAK

Saya masih ingat ketika waktu kecil semasa cuti persersekolahan di hujung, sebagai kanak-kanak tidak ada apa yang perlu dibuat selain mengulangi pelajaran. Namum begitu selepas itu selesai pada sebelah petangnya maka dengan cara kampung di Penag, Kepala Batas, S.Perai cara untuk bermain ialah kita sering menggunakan otak berfikir apa permainan yang baik. Kalau dulu cerita Combat sudah pasti kita akan bermain permainan perang. Banayak cerita-cerita dalam tv dijadikan agenda permainan di kampung. Namun begitu kami lebih menjadi kreatif. Kalau bermain senapang kami akan membuat senapang dari kayu dan pelurunya dari pokok bemban. Sekiranaya kita berminat untuk bermainb kereta kita akan gunakan tin susu dibuat ditebuk kiri kanan dan di pasang ditensgah-tengahnya kayu kemudian diambil kayu panjang, selain mengunakan dawai kita sebagai tempat control kita akan menolak tin ini keliling kawasan rumah membawa kereta.
Kami kreatif dan bijak memikir untuk mencipta bahan mainan sediri. Tak ada mainan ang dibeli kalau ada pun ketika hari raya iaitu pistol mainan yang diisi air atau belerang.
Hari kawan-kawan semua semua sudah berjaya dan yang tinggal dikampung cara mereka hidup lebih sederhana dan kami di bandar besar mengejar cita-cita mencipta masa depan.
Berniaga menjalan usaha sendiri bukan kerja yang mudah kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Namun begitu dalam usaha untuk berjaya apa yang penting kita harus merancang dengan teliti selain perlu ada bisnes model yang hebat. Saya yakin dengan sikap kita melihat kejayaan itu sentiasa ada sudah pasti usaha yang kita buat akan berjaya.
Tuhan tidak kejam kepada manusia, bagi mereka yang bekerja keras siang dan malam sudah mesti kejayaan tangan mereka.
Kita jangan lalai menggunakan otak kita untuk maju, memikir siang dan malam bagaimana untukmencapai kejayaan. Jadi hari ini gunakan kelebihan otak yang tihan berikan kepada kita untuk terus befikir sehingga kita mampu melihat sesuatu dengan mata hati kita antara baik dan jahat.
Kita kena kembali kepada berfikir dnegan lebih tajam, memerhati setiap gerak, tingkah orang lain sebagai pedoman kita yang kemudian kita boleh analisanya.
Maka dibukan Ramadan ini banyak benda yang boleh kita fikir dan laksanakan. Pada bulan mulia ini kenapa kita tidak bekerja menggunakan otak kita untuk lebih berfungsi dengan memikirkan untuk mencapai kejayaan. Bagaimana caranya. Sebagai orang Islam Allah telah menyatakan bahawa malam terakhir bulan Ramadan banyak diberikan peluang keoada kita untuk berdoa agar apa yang kita cita-citakan akan berjaya. Selain itu kita berusaha. Nah hari ini apa yang saya katakan marilah kita gunakan otak untuk mencapai cita-cita kita. Tunggu apa lagi...fikirlah sendiri untuk mengubah nasib kita.

23 September, 2008

CATATAN BULAN RAMADHAN

Malam-malam Ramadhan adalah malam yang terbaik untuk kita bermunajat pada Allah. Malam yang setia menunggu kita selama sebulan dan malam sepuluh terakhir Ramadhan akan menjanjikan kepada kita apa yang kita hajat akan dimakbulkan Allah. Apakah malam-malam ini kita tidak sanggup berkorban untuk berjuang mendapatkan apa yang kita hajatkan. Kejayaan itu akan kita dapat untuk sepanjang masa sekiranya diberkati Allah.
Marilah kita kita berdoa, beramal pada malam 10 terkahir Ramadhan untuk kita menjadi manusia yang berjaya dan manusia yang yakin dengan kehidupan bahawa Allah tetap kita untuk mencipta kejayaan.
Kejayaan tidak datang bergolek, tetapi dengan kerja keras dan usaha yang gigih. Oleh itu marilah kita berdoa dan beramal.
Saya juga nekadkan diri untuk terus beramal semoga malam-malam itu ada doa saya dimakbulkan takala saya bermunajat dari jam 3 pagi sehingga subuh menjelang. Kepada mu Allah aku bermohan. Amon.

15 September, 2008

SEBUAH KEHIDUPAN YANG BERMAKNA

Apakah kita ingin menjadikan kehidupan ini tidak bermaya. Kita takut dengan masa depan kita sedangkan kita diberikan fikiran dan tenaga untuk terus melihat kehadapan.
Apa yang penting dalam usaha kita mencipta kejayaan ialah memperkuatkan minda kita. Kekuatan minta adalah peranan penting untuk kita terus maju. Jangan takut dengan halangan, berani membuat keputusan dengan tepat.
Carilah kesilapan kita dan perbetulkan kesilapan itu dengan hasrat untuk kita terus maju. Saya yakin kita mampu berjaya dan mencipta kehidupan kita dengan lebih hebat lagi.

01 September, 2008

KEJAYAAN DITANGAN KITA

Selamat menyambut bulan Ramadan dan kita harus bertekad untuk berpuasa selama sebulan. Pada bulan inilah dengan kekuatan iman yang kitaada harus dengn kesungguhan untuk berdoa pada Allah agar kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Bulan Ramadan semua hajat diterima dan apakah kita tidak berani berkorban berusaha dengan gigih melakukan amalan padaNya agar segala apa yang kita hajat akan tercapai.
Susah sangatkah kita untuk beramal dan berdoa pada Allah di bulan Ramadan ini. Apakah kita tahan untuk berkorban bermunajat pada Allah dengan rasa rendah hati dan semangat yang kuat yang kemudiannya doa kita akan dimakmulkan oleh Allah.
Berdoalah, beramallah di bulan Ramadan. Ada yang berduit mereka berdoa dengan harga yang mahal untuk mendapat keredaan Allah dengan menunaikan umrah. Bagi yang tidak berkemampuan dengan kudrat yang ada malam-malam bulan Ramadan akan menjanjikan apa yang kita cita-citakan akan tercapai dengan kita bersungguh-sungguh beramal.

02 May, 2008

Bijak Mengambil Kesempatan

Pada 26 April lalu jam 2.30 petang merupakan sejarah dalam kehidupan saya apabila akhbar Editor menjadi akhbar rasmi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Putrajaya. Pihak saya yang mewakili syarikat Rodatra Media Sdn Bhd telah menandatangani MOU atau Perjanjian Sefahaman dengan DPMMP yangh disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan DPMMP diwakili oleh Hj Mohamad Awauluddin yang koimited dan yakin dengan akhbar Editor sebagai wadah dan akhbar kepada usahawan Bumiputera.
Editor yang banyak mengangkat usahawan Melayu terus mendapat tempat dikalangan pembaca Malaysia. Dengan matlamat Pencipta Pemikiran Baru dan Mencipta Masa Depan Usahawan
Editor adalah akhbar yang akan memberikan semangat kepada usahawan untuk terus maju dalam perniagaan.
Oleh oleh para pembaca saya jangan ketinggalan untuk mendapat akhbar ini dipasaran yang mengupas kejayaan usahawan Melayu.

22 April, 2008

Berani

Leadership sebenarnya berhubungan erat dengan keberanian. Hanya orang-orang berani yang memiliki kepimpinan berhak menyandang penyandang sebagai pemimpin. Pada denyut nadi kepimpinan mengalir darah-darah keteladan, kepedulian dan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kepimpinan kehilangan makna. Maka diperlukan keberanian untuk terus menjadi pemimpin.

16 April, 2008

Menjadi Jutawan Dalam Usia Muda

Mungkin tidak keterlaluan dikatakan bagaimana untuk menjadi jutawan dalam usia muda. Tetapi kenyataannya boleh sedemikian sebagaimana yang berlaku sekiranya masyarakat kita berani mencuba.
Bagi generasi muda mempuyai peluang yang luas apabila mereka mampu menguasai pelbagai bidang dengan mempunyai daya kreativi tinggi untuk mencipta beberapa perkhidmatan dan porduk untuk orang ramai.
Rahsia kejayaan usahawan muda mampu untuk membolehkan mereka terus mencipta kekayaan sesuai dengan kehendak masyarakat samada di Malaysia atau pun peringkat dunia. Di barat ada usahawan muda ini bermula dalam usia 9 tahun bekerja sendiri dan akhirnya mereka mendapat hasil sehingga tujuh angka.
Mereka berfikir sekalipun idea yang difikirkan merupakan idea biasa tetapi ianya menjadi realti.
Sebagai contoh berlaku perubahan pada Fraser Doherty yang hanya menjalankan usaha cara lama. Pada tahun 2002 pada usia 14 tahun dia mula membuat jam dari resepi neneknya, di rumah keluarganya di Edinburgh, Scotland. Jam tersebut menjadi kesukaan jiran dan kawan-kawanya yang pergi ke gereja. Akhirnya jemnya mendapat perhatian ramai.
Bermula dari kenalan sehingga Doherty menerima tempahan yang banyak dan dia tidak mampu lagi membuat di rumah sehingga menyebabkan dia menyewa sebuah kedai untuk memproses makanan untuk beberapa hari dalam masa sebulan dengan pekerja 200 orang. Pada usia 16 setelah tamat sekolah dia membuat jam sepenuh masa. Tahun 2007 Wairose sebuah supermarket di UK mempalawanya untuk menjual Superjamnya di supermarket mereka.
Dalam beberapa bulan jamnya memasuki 184 Waitrose store, sehingga jualan bertambah Doherty kemudiannya meminjam RM40,000 daripada bank untuk menampung kos pengeluaran bagi mengeluarkan jam perasa Blueberry & Blackcurrant, Rhubarb & Ginger and Cranberry & Raspberry. Akhirnya jamnya mendapat permintaan Tesco di 300 store melangkui UK. Pada Mac lalu , Superjam dilancarkan di Tesco, Ireland.
Tahun lalu sahaja Superjam Doherty mencecah jualan RM2.7 juta . Pada tahun ini dijangkakan jualannnya akan mencecah sehingga RM3.5 juta hingga RM6 juta. Tidak mengecewakan sepertimana dia mencadangkan kepada remaja bahawa “ kena ada sikap menghadapi cabaran” dan sudah tentu pada usia 19 tahun dia gembira dalam kehidupannya.
Manakala contoh Cameron Johnson pada tahun 1994 ketika mempelawa saudara maranya makan di rumah semasa usianya 9 tahun, ketika itu dia menjual kad ucapan di rumahnya di Virginia. Bermula dari situ dia memperolehi ribuan ringgit.Budak kecil ini tidak berhenti disitu iaitu pada usia 12 dia mempelawa kakaknya untuk membeli patung Beanie Babies dengan harga RM380. Malahan dia mendapat berlipat kali ganda apabila menjual anak patung melalui eBay. Mencium potensi dia kemudiannya mmenggunakan syarikat Cheers and Tears di website menjual melalui eBay.
Dua tahun melalui jualan pos dia mendapat RM12,000 sebulan melalui iklan yang dibuat setelah dia mengupah programmer mengembangkan ideanya.
Pada 1997, Johnson bekerjasama dengan Aaron Greenspan dan Tom Kho, mencipta perniagaan online “advertsing” yang dikenali Surfingprizes.com, yang memberi khidmat “scrolling advertisements across the top of users' melalui Web browsers.
Syarikat Johnson bukan sahaja menjual software tetapi mereka juga mengutip keuntungan apabila berkongsi dengan DoubleClick, L90 dan Advertising.com yang dapat membantu jualan produt mereka melalui Surfingprizes.com. Melalui perjanjian dengan syarikat-syarikat tersebut orang tengah akan mendapat 30 peratus melalui keseluruhan jualan dan mereka bertiga akan mendapat 70 peratus.
Pada ketika itu Johnson berusia 15 tahun dan dia menerima pendapatan sebanyak RM700,000 hingga RM1 juta sebulan.
Sebelum tamat pengajian di sekolah tinggi semua aseet bernilai lebih dari RM3 juta. Pada hari ini diusia 23 dia banyak menghabiskan masa memberi ceramah memperkenalkan buku yang ditulisnya. Nasihatnya “letakkan diri anda diluar dan jangan takut gagal. Jangan takut bertanya apa saja”.
Sudah jelas bahawa dengan pendapatan tujuh angka di usia muda mereka telah mencipta kejayaan dengan kreativi yang dibuat dan yakin apa yang mereka lakukan. Apakah kita rakyat Malaysia tidak mampu melakukan sedemikian.
Di depan kita terbentang luas masa depan untuk berjaya. Maka kita kena berani.

Berani Bermimpi Membangunkan Sebuah Kejayaan

Sampai hari ini saya tidak pernah berhenti bermimpi untuk berjaya. Kita harus mempunyai strategi untuk mencapai impian. Kita harus bekerja keras untuk mengubah impian menjadi kenyataan. Tapi bermimpilah dahulu.

Mimpi untuk membangunkan sebuah syarikat yang hebat itulah cita-cita saya. Kita perlu ada keteguhan hati untuk tetap bermimpi. Ketika usaha yang kita jalankan tidak berjalan lancar, impian paling diperlukan, dan bukan ketika segalanya berjalan dengan baik.

Kejayaan hanya dapat bertahan jika dibangunkan atas tunjang ‘nilai” yang kuat. Tetapkan apa yang kita yakini secepat yang mungkin dan jangan sesekali berkompromi dengan pelbagai alasan.

Kita tidak akan berjaya sekiranya kita masih bertengkar dengan hati nurani kita sendiri. Maka hari ini saya menetapkan dalam diri dan teman-teman yang berjuang untuk membangunkan syarikat ialah ”kepercayaan”. Keyakinan akan membantu kita menjadi tabah dalam mengatasi krisis yang kita berhadapan sepanjang membangunkan syarikat.Dari sini kita akan memillih orang yang tepat untuk memulih dan membangun kembali organisasi kita.

Sesungguhnya dengan nilai, akan menyedarkan kita bahawa ianya mampu mendorong kita melakukan tindakan praktikal perniagaan yang lebih unggul. Nilai-nilai juga akan membantu menjelaskan apa yang harus dilakukan dalam pelbagai keadaan ketika mentabdir sebuah syarikat. Namun begitu ianya memakan waktu dan usaha kita kerana setiap tindakan akan menimbulkan banyak perbalahan dan pertentangan.Kalau semua itu kita berjaya tangani sudah tentu kita akan mencipta kejayaan.

Justeru ingatlah bahawa nilai-nilai hanya akan bermakna jika kita mempraktikkannya. Ramai yang tidak suka apa yang kita katakan, tetapi mereka akan mempercayai apa yang kita lakukan. Nilai-nilai adalah soal kepercayaan, harus dicerminkan dalam setiap tindakan kita.

Memang untuk meyakinkan orang memerlukan waktu yang lama untuk orang mempercayainya, tetapi ianya boleh hilang dengan cepat hanya dengan tindakan yang konsisten. Maka pada masa untuk berjaya kita tidak harus hilang semangat.

Begitu juga apabila kita mempunyai impian untuk berjaya, selalulah kita mengejar keunggulan. Kita harus menjadi terbaik bukan sahaja dikalangan kawan atau dalam ruang yang kecil, tetapi perlu menjadi yang terbaik di dunia. Keunggulan adalah sasaran yang bergerak, dan kita harus memperingkatkan kualiti kerja dan menjadi terbaik.

Langkah kita yang lain ialah bangunkan kepercayaan diri kerana ianya datang dari sikap yang positif dalam situasi kita dalam kesusahan. Orang yang percaya diri memikul tanggungjawab besar. Selain itu untuk membangunkan sebuah syarikat apa yang penting perlu ada the winning team. Kumpulan inilah akan menerima arahan dan bermimpi bersama-sama peneraju organisasi sesebuah syarikat.

Memberi pandangan yang positif jangan ketawa dan mengejek hasrat yang baik. Kerana usaha yang murni akan berhasil bergantung dengan gerak kerja dan masa yang sesuai. Tetapi ingat didepan kita ada banyak ranjau kalau berjaya mengharunginya kita akan berjaya dan mimpi sudah tentu akan menjadi kenyataan.

Maka itu semua pihak harus menanamkan semangat yang kuat dengan membulat tekad iaitu perlu gigih, bertahan dengan apa yang dibuat walaupun ramai yang melihat tindakan kita dari sudut yang negatif. Bertahanlah dan kita akan berhasil. Dalam suasana kita susah kalau kita mampu bertahan dengan kesetiaan yang ada, sudah tentu kita dapat mengatasi setiap kesulitan yang menghalang.

Dalam soal kerja mahupun perniagaan ianya adalah suatu bentuk ibadah dalam rangka memakmurkan bumi iaitu sesuai dengan keinginan tuhan. Contohnya ketua syarikat diangkat oleh Allah sebagai perwakilannya di bumi. Dengan kata lain bisnis itu ialah nilai-nilai spiritual yang harus kita bangunkan untuk membantu manusia.Kita adalah khalifah yang harus mengemudikan kehidupan ini dengan hala tuju untuk memamurkan alam.

Hari ini kita kena faham bahawa orang yang berjaya membawa syasrikatnhya berjaya kerana dia mempunyai kesedaran spiritual selain sifat agama itu dibawa bersama. Kerana bisnis akan membawa etika keagamaan.

Kita perlu ada sifat kepimpinan iaitu seperti kata Stephan Covey yang menekankan bahawa seseorang pemimpin harus memiliki empat fungsi kepimpinan iaitu perintis, penyelaras,hala tuju dan role model.

Mengambil fungsi sebagai perintis seorang pemimpin harus memahami dan memenuhi keperluan utama syariktanya. Misi dan nilai-nilai yang dibawa oleh syarikat, berkaitan visi dan strategi iaitu kemana syarikat akan dibawa dan bagaimana caranya untuk berjaya harus dibahas setiap hari.

Dalam menyelaraskan syarikat keseluruhan sistem dalam organisasi syarikat perlu bekerjasama. Ketua kena faham apa saja bahagian yang perlu diperbetulkan sesuai dengan visi yang telah digariskan. Sebagai pekerja dia menerima amanah iaitu akur arahan ketua. Bebal atau lambat bekerja adalah sifat mereka yang tidak produktif. Sesebuah syarikat akan melihat mereka yang mempunyai potensi dan mampu bekerja untuk membangunkan syarikat. Bukan kalangan mereka yang bekerja sambil lewa atau bekerja mengharapkan gaji sahaja. Ada yang organisasinya gagal kerana pekerjanya mencuri tulang, membuat kerja luar yang semua ini tindakan yang tidak amanah. Hilang keberkatan upah yang diterima dan mereka ini ibarat roh jahat yang telah meracuni hati mereka supaya tidak setia.

Saya masih ingat sewaktu bekerja dalam sebuah syasrikat penerbitan lima belas tahun dahulu saya tidak memikirkan soal gaji. Tetapi saya memikirkan untuk bekerja dengan harapan menjadi mahir dan memguasai kerja yang saya buat. Akhirnya hari ini saya mempu menerbitkan akhbar dan tahu selok belok dalam pengeluaran akhbar dari periungkat penulisan sehingga rekabentuk, pecetakan, dan pengedaran. Begitu juga usaha bisnis lain saya sukses. Saya menguasai bidang ini dengan penuh kemahiran. Tetapi hasilnya sudah tentu bukan sehari tetapi memakan waktu. Kita letakkan dahulu untuk cepat hidup dalam zon selesa, tetapi kita bangunkan untuk melaksanakan kerja yang kita buat menjadi sampai berjaya.

Maka betapa pentingnya untuk berjaya iaitu kita harus meletakkan satu sikap iaitu bermain untuk menang, teguh memegang nilai-nilai, bersikap responsif, bukan reaktif, berani bermimpi, selalu mengejar keunggulan, selalu membangunkan kepercayaan diri, bekerjasama dan selalu merendah diri.

Hala tuju syarikat perlu direalisasikan, sebagai pemimpin perlu melakukan yang terbaik dan selalu mempunyai komitmen yang kuat. Seorang pemimpin harus memahami sifat pekerjaan atau tugas yang diberikan. Dia harus faham tangungjawab dan kuasa yang diberikan.

Selain itu role model iaitu bagaimana pemimpin dapat menjadi tauladan bagai pekerjanya, dan dia harus bertanggujawab atas tutur kata, sikap, prilaku dan keputusan-keputusan yang diambilnya. Lebih tepat setiap apa yang dikata perlu dikotakan.

Sebagai komander perang selain memperolehi kemenangan dan kekuasaan harus juga merasa kekalahan dan kesedihan. Dalam mengejar impian, apabila berjaya tidak takabur atau bila kalah tidak berputus asa. Dalam melaksanakan perniagaan kita perlu memperkayakan diri dengan kejujuran, keteguhan memegang janji dan sifat-sifat mulia yang lain.

Leadership adalah seseorang yang mempunyai kebiasaan proaktif dan kreatif seperti yang saya sebut. Tetapi kenyataannya hari ini ramai pemimpin bersikap reaktif. Mengapa demikian? Kerana kita biasanya mengindentifikasi diri kita dengan tubuh, fikiran dan emosi yang sebenanrya sangat sempit yang disebut identiti ego. Sifat ego tersebut adalah self-centered dan reaktif.

Jadi bagaimana cara mengatasinya? Ianya boleh dilakukan melalui latihan sederhana iaitu outer jorney agar dapat mengalami rasa jauh atau sense of distancing, terbebas dari tubuh, fikiran dan emosi dengan meletakkan kesedaran dan pengalaman lebih dalam batin kita yang merupakan diri yang proaktif dan reaktif.
Sebagai contoh sebagai orang Islam cara yang lebih baik seperti dilakukan bermunajat pada Allah ataupun yoga. Dalam Islam ialah berzikir, solat, tafakur dan puasa inilah cara bermuhasabah diri. Dengan cara tersebut sudah tentu kita dapat menggunsirkan diri yang riang dan proaktif melalui ego dan bukan dengan ego diri yang reaktif.

Leadership yang efektif bukan hanya berisikan sifat-sifat unggul, strategi atau taktik sahaja tetapi adalah satu cara way of thinking, feeling dan mengfungsikan sebuah cara hidup dan cara menjadikannya trasfomatif.
Oleh itu marilah sama-sama kita bermimpi untuk menjadi orang yang berjaya.